02 February 2011

Kebenaran Kisah Harut dan Marut

assalamualaikum...tujuan saya post kali ini adalah mengenai satu kisah yang kita baca di facebook atau di blog2 tentang malaikat harut dan marut yang telah diturunkan kebumi menjadi manusia dan diberi nafsu dan akal seperti manusia adalah bukan kisah yang terdapat didalam al-quran.

Kisah Harut dan Marut yang kononnya telah meminum arak seterusnya kufur kepada ALLAH swt adalah kisah dusta. Kisah ini disebut di dalam sebahagian kitab ketika menafsirkan ayat 102 dari surah al-Baqarah. Dr. Mohammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya "al-Israiliyyat wa al-Maudhu'aat fi Kutub al-Tafsir"(Kisah-kisah Israiliyyat dan palsu di dalam kitab-kitab tafsir) menyenaraikan kisah tersebut sebagai salah satu daripada kisah-kisah Israiliyyat (dari orang-orang Yahudi) yang termasuk ke dalam kitab-kitab umat Islam.

Di dalam kisah cerita tersebut terdapat dialog yang menunjukkan dua malaikat tersebut membantah pengkhabaran ALLAH. Ketika ALLAH berkata kepada mereka: "Kalaulah aku uji kamu berdua dengan apa yang aku uji terhadap Bani Adam, pasti kamu berdua akan bermaksiat kepadaku." Lalu riwayat tersebut menyebut kononnya dua malaikat itu menjawab: "Kalaulah kamu lakukan kepada kami (dengan ujian tersebut) wahai tuhan, kami tidak akan menderhakai Mu."

Ungkapan ini menunjukkan bahawa dua malaikat ini telah membantah perkhabaran ALLAH swt. Perkara ini berlawanan dengan ayat al-Quran yang menceritakan sifat malaikat yang tidak menderhakai ALLAH dan sentiasa mematuhi arahanNYA.

ALLAH berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya : "(Mereka para Malaikat) tidak menderhakai ALLAH atas apa yang diarahkan kepada mereka, dan mereka lakukan apa yang disuruh kepada mereka."

Membantah perkhabaran ALLAH adalah besar kesalahannya, ia boleh membawa kepada kafir. Ini adalah perkara yang mustahil dan berlawanan dengan sifat Malaikat yang disebut di dalam al-Quran. Kerana itu para ulama Hadith menolak dan menjelaskan bahayanya mempercayai cerita-cerita seumpama di atas.

tafsir yang sebenarnya terhadap ayat 102 dari surah al-Baqarah yang menyebut tentang Harut dan Marut itu. Sebenarnya sebab yang membawa turunnya ayat tersebut ialah apabila Syaitan-syaitan pada ketika dahulu boleh mencuri mendengar berita dari langit. Lalu mereka sampaikannya beserta tambahan kepada pendusta-pendusta yang terdiri daripada para dukun dan bomoh Yahudi yang menulisnya di dalam kitab-kitab mereka, lalu mereka mengajarkannya kepada manusia. Sehinggalah pada zaman Nabi Sulaiman orang menganggap ilmu tersebut adalah dari Nabi Sulaiman. Lalu pendeta-pendeta Yahudi mendakwa dengan ilmu tersebutlah Nabi sulaiman dapat menundukkan insan, jin dan angin yang mengikut perintahnya. Inilah perangai Yahudi yang sentiasa mempersendakan para Nabi as dengan pembohongan-pembohongan mereka.

Kerana itu ALLAH berfirman:
Maksudnya : "Dan tidaklah Sulaiman itu kafir, akan tetapi para syaitanlah yang kafir, mereka mengajarkan manusia akan sihir." (al-Baqarah - 102)

Lalu sambungan ayat di atas ALLAH berfirman :
Maksudnya : "Dan tidaklah diturunkan kepada dua Malaikat di Babil, Harut dan Marut... " (hingga akhir ayat)

Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di dalam ayat tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melalui mereka supaya mereka ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusia dapat membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yang berlaku kepada Nabi Sulaiman itu bukanlah sihir akan tetapi mukjizat kenabian daripara ALLAH swt. Dua malaikat tersebut iaitulah Harut dan Marut telah mengingatkan manusia terhadap sihir tersebut.

jadi aku harap kita jangan terpengaruh dan mempercayai kisah harut dan marut yang palsu. kerana ini adalah kerja-kerja orang kafir yang sentiasa akan memikirkan jalan untuk menyesatkan kita....


No comments:

Post a Comment