25 November 2010

Komik Oh! Komik

Semalam dalam tandas umah aku,aku terjumpe buku UTopia..da memang habit aku membaca ketika meneran...sampaikan kat dalam tandas umah aku tu ade port letak komik dan pelbagai majalah lain...so nk dijadikan citer aku godek2 mjalah kat atas tu aku jumpe majalah utopia tahun 2007..ish lame giler buku tu kat atas tu..terus aku teringat kat komik2 aku yang lain...sebab seingat aku mak aku da buang sume bende tu..tinggal la komik2 yang aku baru beli ni..tu pun bakal2 nk kene buang...

nk dijadikan citer pas aku meneran tuh aku terbukak la almari kat bhgian ruang tamu...tup aku jumper komik2 aku yang lame tuh..Budak getah,Naruto,dragonball,dr.slump,dik cerdas,misteri naga,apo,utopia...peh melambak2 dan rupe2nye mak aku simpan lagi komik2 aku tuh..mak aku salu marah al-quran taknk bace..tp bace bende2 tk berpaedah!! tapi aku rase dengn membaca komik la aku dapat menguatkan kuasa imiginasi dan angan2 aku..sebab imiginasi memg penting dalam pekerjaan aku sekarang..

so moral of the story is...terap kan jiwa membaca untuk menjadi insan yg cemerlang~ hehehe



18 November 2010

Peguam,Jurutera Program Dan Arkitek

Berdasarkan tajuk diatas ni adalah 3 perkerjaan yang berbeza.

Peguam
Secara praktikal nya peguam ialah seorang yang mempelajari undang2,mempunyai kuasa didalam melaksanakan tugas untuk menegakkan keadilan atau ketidakadilan berdasarkan sistem undang2 didalam sesebuah negara

Jurutera Program
tugasnya ialah merekabentuk segala mcm laman web,sistem aplikasi komputer,program2 komputer,games, dan macm2 lagi

Arkitek
Merekabentuk bangunan, bertanggungjawab keatas rekaannya sehingga projek siap dan menyelia projek.

mengapa orang2 melayu skarang ramai memilih pekerjaan seperti arkitek,jurutera awam,jurubina,software engineer?kerana pekerjaan ini menjamin masa depan?ataupun tidak suke mempelajari perkara2 yang byk perlu mengingat seperti peguam?mengapa pekerjaan peguam itu dipelopori oleh bangsa india?sekiranya anda lihat keadaan politik negara,perundangan negara, bangsa india kelihatan kuat dan gah bersuara.ini kerana mereka mengetahui selok belok undang2 negara.saya bukan menuduh..tetapi kenyataan...kenapa bangsa melayu terus mundur dan tenggelam?sedangkan kaum yang lain sedang mengutip kekayaan di negara ini?

p/s : Sedarlah melayu...janganlah layu!

17 November 2010

Isteri Orang


Kerani bawa isteri orang mati ditikam

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

ZULFA dicari pihak polis bagi membantu siasatan pembunuhan teman lelakinya.

SHAH ALAM - Seorang kerani sebuah pusat pengajian tinggi di sini yang koma selama dua hari akibat diserang dua lelaki meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

Mangsa, Rashidi Mohd. Saman, 27, yang masih bujang dipercayai diserang ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar teman wanitanya, Zulfa Ismail atau Puteri, 20, yang tinggal di Padang Jawa pada pukul 10.17 malam, Ahad lalu.

Akibat serangan dua lelaki menggunakan pisau jenis celorek, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan teruk di kepala, dagu dan belakang.

Keadaannya dilaporkan kritikal apabila lengan tangan kirinya hampir putus dan tali perutnya terburai.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, polis tidak menolak kejadian bermotif dendam berikutan teman wanita mangsa yang berasal dari Malang, Indonesia merupakan isteri orang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


ini antara yang aku baca tentang kes bunuh,pukul pasal bini orang...okay menurut laporan diatas warga asing yg terlibat...tapi sebenarnya kalo kite baca kat akhbar2 byk tentang org2 kite yang wat hal ngn bini org..siape yg patut disalahkan dalam hal ni? perempuan atau lelaki? lelaki dah tentu la takkan melepaskan peluang..yang perempuan ni plak kenape nk buat hal sedangkan da bersuami?mungkin sistem perkahwinan tu sendiri da ilang fungsi..org2 zmn skang terlalu sosial dan open minded..open mind itu bagus namun perlu ade batas2 terutama mengikut ajaran islam..sekurang2 nye tidak la kite tersesat sgt..ntah la..

p/s : melayu kite semakin moden! inilah hasilnya... =)