23 February 2010

Si tukang kasut

Lokasi : Seremban, Sebelah Bangunan Chattered Bank
Masa : Tahun Lepas

Aku (semasa itu draftman merangkap dispatch) telah disuruh pergi ke bank yang tersebut diatas. Semasa aku lalu dikaki lima, aku ternampak seorang tukang kasut. Aku memandang tukang kasut itu, dan die melemparkan senyuman kepada aku. Aku yang murah senyuman ni senyum kembali dekat beliau. Terdetik dari situ aku terpikir kan kehidupan si tukang kasut. Boleh ke die menampung perbelanjaan hidup seperti manusia lain? Atau yang paling senang, bolehkah die mencari sesuap nasi dengan menjadi tukang kasut?.adakah die berkeluarga? Atau pernah tak dia merase makan KFC atau McD? Aku rase tk pernah seumur hidup die. Namun dalam kepayahan itu sume die masih mampu tersenyum. Aku meneruskan perjalanan ke bank standard chartered tu.menguruskan pinjaman bos aku sesambil tu aku melihat org mengeluarkan duit berpuluh2 atau mungkin beribu2.

Selepas sume da setel, aku pun kembali ke lokasi motor ex5 class aku. Aku merabe2 poket, kunci motor aku takde. aku kembali semula kedalam bank dan kunci aku tiada. Aku kembali ke lokasi motor dan tukang kasut tu menunggu aku.. “adek tertinggal kunci td” kate tukang kasut.. lalu memberi aku kunci motor aku. “perghh naseb baik abg jumpa kalo tk da kemane motor saya” jawab aku.. pastu aku terus borak2 ngn si tukang kasut. Tak lame pastu aku pun pulang ke opis sambil mengucapkan terima kasih kepada si tukang kasut.

Baru2 ni aku lalu balik kat kawasan itu. Di kaki lima tu da bertambah ramai tukang kasut. Termasuk yang menjual batu geliga, tudung2 tetapi tukang kasut yang dulu dah takde. Hati dan jantung aku pun berborak sesame sendiri “Kemane kah beliau?” “adakah dia dah berpindah ke tempat lain?” “Adakah dia masih lagi tersenyum kepada insan lain?”
Dalam tk sedar senyuman si tukang kasut membentuk motivasi kepada aku. Walo ape yang terjadi jgn lupe untuk senyum.Senyuman akan membuat kite di ingat dan di kenang..

selamat 1malaysia..





2 comments:

  1. bagus..ko dah belajar satu bende baru...erm, nak tahu la kisah tukang kasut selanjutnye...ngefan berat nih sama kamu :p

    ReplyDelete
  2. ngefan la sgt...jadi la follower i hahahah...

    ReplyDelete